Najib Yakin Program Pengajian Perubatan Johns Hopkins Di Malaysia Dapat Sambutan Hebat

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Pembukaan institusi pengajian dan penyelidikan perubatan Universiti Johns Hopkins di Malaysia pada September ini dijangka mendapat sambutan hebat di rantau itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata institut yang akan ditubuhkan di Serdang itu dijangka menarik penuntut bukan saja dari negara-negara di rantau itu tetapi juga dari Timur Tengah dan benua kecil India.

"Saya yakin program perubatan Johns Hopkins ini akan menjadi satu tarikan luar biasa," katanya pada satu majlis sempena penubuhan Institut Pendidikan Perubatan Antarabangsa Johns Hopkins Dr Mohan Swami di Universiti Johns Hopkins di Baltimore, Maryland, kira-kira satu jam perjalanan dari sini.

Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin, Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis, ahli perniagaan Tan Sri Mohan Swami dan ketua pegawai eksekutif universiti itu, Edward D. Miller.

Program perubatan Johns Hopkins itu adalah hasil kerjasama dengan Universiti Perdana yang menawarkan hospital pengajian swasta yang mempunyai kemudahan perubatan kelas pertama.

Ia akan dibina di Serdang oleh kumpulan Chase Perdana yang diterajui oleh Mohan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan