Umno Bantu Masyarakat Islam Dan Penganut Lain - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 19 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Perjuangan Umno yang menerajui kepimpinan negara adalah untuk memajukan masyarakat Islam di negara ini tetapi usaha membantu masyarakat bukan Islam tetap dilakukan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata apabila kerajaan menyebut untuk membangunkan Islam di negara ini, ia tidak bermakna orang bukan Islam tidak dibantu kerana dasar Islam Barisan Nasional adalah untuk memberi layanan adil kepada semua.

"(Bukan Islam) selagi mereka warga Malaysia, taat setia kepada negara, mereka tetap diberikan pembelaan. Dasar Islam kita adil kepada semua," katanya pada Jamuan Rakyat 1Malaysia di Kuala Sanglang dekat sini Khamis yang diadakan sempena lawatan sehari beliau ke Perlis.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Anggota Dewan Undangan Negeri Tambun Tulang Datuk Seri Shahidan Kassim.

Muhyiddin berkata masyarakat Islam di negara ini tidak perlu lagi meragui usaha Umno untuk membangunkan negara Islam kerana Malaysia memang sudah negara Islam.

"Kita memang negara Islam. Ini diakui banyak negara Islam lain di dunia. Kalau PAS kempen nakkan negara Islam, kita dah ada.

"Sejak merdeka perhatian utama kita untuk bela umat Islam. Ini yang kita tumpukan, kita nak majukan umat Islam dalam bidang ekonomi.

"Contoh kemajuan itu merujuk kepada kesungguhan kerajaan majukan umat Islam untuk berjaya," katanya.

Muhyiddin berkata apa yang penting sekarang adalah bagaimana rakyat ingin bekerjasama dengan kerajaan iaitu BN kerana kerajaan telah menetapkan sasaran untuk jadi negara maju pada tahun 2020 dan rakyatnya berpendapatan tinggi.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sudah atur programnya dan saya membantu beliau. Kita nak letak negara kita setaraf dengan negara maju lain...tidak mahu dikata dipimpin oleh orang Melayu, Umno kita ke belakang.

"Usaha bangunkan infrastruktur bukan lagi masalah kerana kita dah lama beri perhatian dan lakukannya berterusan. Kita sekarang nak tengok rakyat negara ini maju, ada pendapatan yang baik," katanya.

Terdahulu, Muhyiddin mengunjungi warga emas Arpah Hashim, 83, yang menghidap sakit tua dan terlantar di tempat tidur di rumahnya di Kampung Belakang Surau, Kuala Sanglang. Arpah, penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, dijaga oleh anak perempuannya Damasyarah Murad, 57, yang mencari nafkah mengambil upah menjahit pakaian di rumah selain menerima pencen arwah suaminya sebanyak RM200 sebulan.

Turut tinggal bersama anak beranak itu adalah anak perempuan Damasyarah berusia 29 tahun, yang baru bercerai dengan suaminya setahun lepas dan kini menghadapi tekanan perasaan dan tidak berupaya berkomunikasi dengan orang lain. Dia menerima bantuan kewangan bulanan Skim Bantuan Am sebanyak RM110.

Timbalan Perdana Menteri turut melawat Balai Bomba Sukarela Kuala Sanglang.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan