PKR Dakwa ROS Niat Jahat, Rujuk Fasal Perlembagaan Tak Wujud

Diterbitkan: Khamis, 19 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Pendaftar Pertubuhan (ROS) bertindak aneh apabila mahu membatalkan pendaftaran parti itu dengan merujuk kepada fasal yang tidak wujud dalam perlembagaan parti.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, ROS berniat jahat apabila turut merujuk kes dan tarikh yang tidak wujud seperti yang dinyatakan dalam surat tunjuk sebab bertarikh 9 Mei lalu yang ditandatangani Pendaftar Pertubuhan, Datuk Abdul Rahman Othman.

"Kita sudah buat semakan dengan penasihat undang-undang parti, dan kita dapati Fasa 32.2.1 yang dinyatakan ROS tidak wujud dalam Perlembagaan PKR yang duluskan sendiri oleh mereka.

"Ini mencerminkan niat jahat ROS untuk membatalkan PKR," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Berdasarkan surat ROS yang dialamatkan kepada Presiden dan Setiausaha Agung parti, menyebut:

Bahawasanya mengikut Seksyen Kecil (2), Seksyen 13 Akta Partubuhan 1966, maka dengan ini diberi kenyataan bahawa maksud Pendaftar Pertubuhan hendak membatalkan pendaftaran pertubuhan ini selepas 9 Jun 2011 kecuali sebelum itu diberikan sebab-sebab yang memuaskan Pendaftar Pertubuhan mengapa pendaftaran tersebut tidak patut dibatalkan.

Selain itu menurut Saifuddin, menerusi surat tunjuk sebab berkenaan, ROS menyatakan cadangan pembatalan pendaftaran berkenaan kerana parti itu melanggar Fasal 32.2.1 Perlembagaan PKR apabila memecat keahlian Rajagopal Andaikkalam pada 1 dan 27 April 2009 tanpa terlebih dahulu disoal siasat dan dibicarakan oleh Lembaga Disiplin.

Bagaimanapun menurut surat jawapan Saifuddin kepada ROS hari ini, beliau menjelaskan nama individu dan tarikh yang dinyatakan dalam surat tunjuk sebab berkenaan adalah tidak tepat.

"Nama sebenar mengikut rekod kami adalah Jayagopal Andaikkalam dan bukannya Rajagopal dan tarikh keputusan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) untuk memecat Jayagopal adalah pada 24 April 2009 dan bukannya 1 atau 27 April 2009.

"Jadi dalam keadaan ini, ada persoalan besar bagi pihak kami bagaimana pihak ROS telah membuat kesimpulan dan berpuashati bahawa PKR telah bersengaja telah melanggar satu fasal undang-undang yang tidak wujud dan berdasarkan fakta-fakta yang tidak betul," katanya.

Selain itu menjelaskan mengenai pemecatan Jayagopal, Saifuddin berkata tindakan berkenaan dibuat kerana beliau melanggar undang-undang parti apabila bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau tanpa watikah dengan tujuan menentang calon parti sendiri.

Tambah Saifuddin lagi, pekeliling yang dikeluarkan oleh bekas Setiausaha Agung, Datuk Salahuddin Hashim bertarikh 11 Mac 2009 jelas menyebut bahawa seseorang ahli parti yang mendaftarkan diri sebagai calon atau bertanding dalam mana-mana pilihanraya tanpa watikah daripada parti, akan dipecat dengan serta-merta tanpa merujuk kepada beliau.

"Jadi pihak kami berpendapat perlaksanaan perkara disiplin adalah hal dalaman parti dan tafsiran prosedur dan amalan disiplin juga merupakan keputusan MPP yang muktamad.

"ROS tidak harus campur tangan lebih-lebih lagi dengan mengugut membatalkan pendaftaran PKR," katanya.

Saifuddin turut menggesa ROS menarik balik notis pembatalan berkenaan serta merta atau selewat-lewatnya dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penyampaian penjelasannya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan