Perpaduan Kaum Penting Dalam Mencorak Budaya Bangsa

Diterbitkan: Khamis, 19 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah asas kepada perpaduan kaum di Malaysia dan merupakan gagasan yang memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Prof Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata konsep 1Malaysia adalah satu konsep yang sangat penting kerana Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum dan etnik.

"Sikap penerimaan iaitu menerima bahawa kita berbilang kaum, menerima keunikan kaum-kaum lain, saling menghormati antara satu sama lain dan bukan hanya sekadar bertoleransi adalah matlamat kita untuk menuju status negara maju mengikut acuan kita sendiri," katanya dalam Bicara Eksekutif 'Intipati Gagasan 1Malaysia Dalam Mencorak Budaya Bangsa' yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah di sini, Khamis.

Zainal Abidin berkata gagasan 1Malaysia dan perpaduan kaum dapat dilihat dengan jelas di kedai-kedai mamak di mana rakyat Malaysia yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India boleh duduk bersama menikmati makanan dan jika keadaan itu boleh diterapkan di tempat-tempat lain, maka tidak mustahil apa yang disasarkan selama ini akan tercapai.

"Melalui perpaduan kaum, kita juga perlu menerapkan budaya inovasi dalam mengejar status negara maju. Kita perlu mengkomersialkan apa yang telah kita lakukan selama ini.

"Semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, beliau telah menghantar pelajar-pelajar cemerlang melajutkan pelajaran di Jepun dan hasilnya sekarang kita mampu mengeluarkan kereta kita sendiri walaupun ia tidak sehebat Honda dan Toyota, tetapi kita boleh bangga dengan inovasi yang kita hasilkan," katanya.

Beliau berkata rakyat perlu berubah jika mahu Malaysia terus ke hadapan.

"Jangan kerana tidak menyokong gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, kita berpecah belah.

"Kita perlu lihat dari sudut perpaduan kaum barulah apa yang kita rancang dapat dilaksanakan dengan jayanya," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan