Perlaksanaan Biodiesel B5 Tidak Akan Bebabkan Pemilik Kenderaan - Dompok

Diterbitkan: Khamis, 19 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perlaksanaan mandat biodiesel B5 yang disasarkan bermula awal bulan depan, tidak akan membebankan pengguna, kerana mekanisme harga akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan.

Menteri Industri Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok berkata kerajaan akan memperkenalkan biodiesel B5 secara berperingkat, bermula dengan Putrajaya.

"Harga akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan dan kami telah memilih stesyen petrol yang akan menawarkan produk itu di Putrajaya," katanya kepada pemberita pada persidangan Kosmetik Nutra Sawit Antarabangsa 2011 (PINC 2011) di sini, Khamis.

Malaysia komited untuk mendorong agenda Teknologi Hijau (GT) sebagai sumber pertumbuhan ekonomi mapan sementara melindungi alam sekitar. Negara itu disasarkan untuk mengurangkan pelepasan karbon sehingga 40 peratus.

Sebelum ini, dilaporkan kerajaan telah memperuntukkan RM200 juta untuk menubuhkan kilang-kilang di seluruh negara untuk mencampurkan diesel dengan metil ester sawit mulai Jun untuk memulakan jualan bahan bakar hijau, selepas penangguhan lima tahun.

Sementara itu, majlis hari ini, bertema, "Bioaktif untuk Gaya Hidup Sihat", dianjurkan untuk mempamerkan industri bioaktif sawit Malaysia dan meninjau semula pelbagai pembangunan dalam industri kosmetik nutra.

Acara dua hari itu, yang bermula hari ini, membabitkan pembentangan kertas kerja tentang peranan dan faedah-faedah tokotrienol, karotenoid dan fenolik sawit.

Lain-lain bidang berkaitan termasuk ciri-ciri anti penuaan tokotrienol sawit dan bidang baharu fenolik sawit dan apa yang boleh dijangka daripada penemuan baharu ini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan