Nik Mustapha Dilantik Semula KP IKIM

Diterbitkan: Khamis, 19 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Nik Mustapha Nik Hassan dilantik semula sebagai Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 2 Ogos ini.

Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi IKIM, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Abdullah, pelantikan semula itu dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nik Mustapha, 58, lulusan Ijazah Sarjana dalam bidang ekonomi dan perniagaan dari Universiti Ohio, Amerika Syarikat menyandang jawatan itu sejak Ogos 2009 dan merupakan Ketua Pengarah Ikim yang keempat.

"Pihak Ikim mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas pelantikan semula itu dan berharap Ikim akan terus menggandakan usaha untuk meningkatkan kefahaman Islam baik di Malaysia mahupun di peringkat dunia," kata Abdullah.

Ikim, yang ditubuhkan pada 18 Feb 1992, bertujuan mencerminkan kefahaman Islam yang tepat kepada orang ramai melalui pelbagai usaha, seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan, penerbitan dan siaran Radio IKIM.fm - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan