Kementerian Luar Pantau Sepenuhnya Perkembangan Rachel Corrie

Diterbitkan: Khamis, 19 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar memantau sepenuhnya perkembangan terkini berkaitan kapal bantuan kemanusiaan, the Spirit of Rachel Corrie, kata menteri berkenaan Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata kapal itu yang kini berlabuh berhampiran Pelabuhan El-Arish di Mesir, menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa negara itu untuk berlabuh di pelabuhan berkenaan dan memunggah barang bantuan kemanusiaan itu yang akan dihantar melalui jalan darat ke Gaza menerusi lintasan Sempadan Rafah.

"Para pegawai Kedutaan Malaysia di Kaherah kini berada di Pelabuhan El-Arish untuk memudah dan menyediakan semua bantuan ayng diperlukan kepada penumpang dan anggota kru kapal itu," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Menurut Kedutaan Malaysia di Kaherah, semua 12 orang penumpang dan anggota kru kapal itu adalah selamat.

Terdapat tujuh rakyat Malaysia, dua warga India, dua rakyat Ireland dan seorang warga Kanada berada dalam kapal the Spirit of Rachel Corrie itu, tambah beliau. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan