Tembok Runtuh Nyaris Hempap Penghuni Dua Buah Rumah Di Kulim

Diterbitkan: Rabu, 18 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Sebuah tembok pagar yang runtuh ketika hujan lebat petang Ahad lalu di Kampung Pondok Labu, Keladi di sini nyaris menghempap enam sekeluarga yang menghuni dua buah rumah di situ.

Tembok konkrit setinggi 1.5 meter, selebar setengah meter dan sepanjang 26 meter itu dibina sebuah syarikat menjual peralatan dapur yang menyempadani stornya dengan rumah penduduk.

Kejadian tersebut merupakan kejadian kali kedua.

"Kejadian berlaku setelah hujan lebat turun hampir setengah jam. Apabila terdengar bunyi dentuman yang kuat saya bergegas keluar di tengah hujan lebat dan mendapati simen konkrit tembok itu telah runtuh," kata Nasharudin Rejami, 40.

Beliau tinggal di salah sebuah rumah itu bersama isterinya Shahida Shafie, 40, dan empat orang anak mereka sementara kedua ibu bapanya Rejami Yahaya, 65, dan Che Embun Hamid, 61, tinggal di dalam sebuah rumah lagi.

Tembok berkenaan menghempap dan menumbangkan beberapa batang pokok buah-buahan seperti rambutan, durian, pulasan, dokong dan langsat yang ditanam keluarga berkenaan.

"Sebatang pokok belimbing menjadi penghadang utama menyebabkan rumah yang saya tinggal terselamat daripada dihempap sebahagian tembok yang runtuh itu. Jarak tembok yang runtuh hanya kira-kira satu meter saja daripada dinding rumah saya," kata Nasharudin.

Beliau berkata tembok itu pernah runtuh pada 2006 di lokasi yang sama tetapi pemilik setor itu telah membina semula tembok tersebut.

Katanya beliau pernah menulis surat memohon Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) supaya tidak meluluskan binaan tembok berkenaan yang boleh menjadi perangkap maut kepada mereka sekeluarga.

"Tapi pihak pemilik bangunan setor berkenaan tetap juga membina semula tembok yang runtuh dan kami tidak berdaya menahannya kerana itu bahagian tanah milik mereka," katanya.

Penyelaras Kawasan Parlimen Padang Serai, Dr Chin Tung Leung menggesa MPKK supaya tidak mengizinkan pembinaan semula tembok pagar konkrit itu kerana ia boleh mengancam nyawa penghuni dua rumah berkenaan.

"Dua keluarga yang tinggal di dua rumah bersebelahan tembok pagar ini nyaris mengalami kecederan ekoran tembok ini runtuh akibat hujan lebat hampir mengenai dinding rumah mereka," katanya yang melawat lokasi tersebut bersama wakil Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri Lunas, N. Gobaloo pada Rabu.

Katanya beliau akan menemui Yang Dipertua MPKK untuk berbincang bagi mengatasi masalah itu secapat mungkin kerana mahu menghindari sesuatu yang buruk berlaku kepada keluarga berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Pondok Labu, Hayati Walad mencadangkan supaya beberapa kilang yang dibina sekitar kampung itu ditutup dan dipindahkan ke lokasi lain.

Katanya kawasan kampung di situ tidak sesuai untuk didirikan sebarang kilang kerana bukan sahaja mencemarkan udara tetapi kes-kes tembok runtuh sering berlaku di sini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan