Selangor Tidak Berhasrat Gugurkan Anwar Sebagai Penasihat Ekonomi - MB

Diterbitkan: Rabu, 18 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus kekal sebagai Penasihat Ekonomi Negeri walaupun menghadapi pertuduhan liwat di Mahkamah Tinggi.

"Tak ada kena mengena. Saya fikir peranan penasihat ekonomi berkaitan dengan kegiatan ekonomi dan kewangan tapi saya fikir dalam kes ini peranannya adalah berbeza sama sekali," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di sini, Rabu.

Beliau ditanya sama ada jawatan Anwar itu akan dikaji semula berikutan perbicaraan kes liwat yang dihadapinya dan isu rakaman video seks yang dikatakan mirip wajah Anwar.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Anwar akan kekal sebagai pemimpin pakatan pembangkang walaupun beliau berhadapan dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan.

"Tiada pengganti pemimpin pembangkang dan ia tidak perlu selagi beliau masih seorang MP (Anggota Parlimen) beliau masih pemimpin pembangkang," katanya.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, membela diri atas dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan