Pemilihan PAS: Husam Tunggu Jumlah Pencalonan

Diterbitkan: Rabu, 18 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa masih berteka-teki berhubung pilihan jawatan yang bakal ditandinginya pada pemilihan PAS awal bulan depan.

Menurut beliau, keputusan sama ada mahu bertanding pada pemilihan kali ini ataupun sebaliknya hanya akan dibuat selepas mengetahui jumlah pencalonan yang diterimanya.

"Saya masih belum buat keputusan untuk bertanding ataupun tidak. Insya-Allh akan buat keputusan bila saya terima surat makluman secara rasmi daripada jawatankuasa pemilihan.

"Saya juga nak lihat dulu jumlah pencalonan yang saya terima kerana ia boleh dijadikan panduan berhubung suara akar umbi," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Semua calon perlu menjawab sama ada bersetuju untuk bertanding kepada Ibu Pejabat parti sebelum atau pada 26 Mei ini.

Pada Selasa, Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat mengumumkan senarai calon layak bertanding bagi semua jawatan selepas proses pencalonan ditutup Ahad lalu.

Husam yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Puat layak bertanding bagi dua jawatan iaitu timbalan presiden dan naib presiden.

Selain Husam, lima lagi pemimpin yang disenaraikan layak bertanding jawatan timbalan.

Mereka ialah penyandang jawatan, Nasharudin Mat Isa yang telah pun mengumumkan hasrat untuk mempertahankan jawatan itu bagi penggal ketiga serta seorang lagi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga pencabarnya pada pemilihan lalu, Mohamad Sabu.

Tiga lagi calon yang lain ialah, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak serta dua Naib Presiden iaitu Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pada pemilihan 2009, Nasharudin mendapat 480 undi diikuti Husam dengan 281 undi dan Mohamad 261 undi.

Muktamar PAS kali ke-57 akan berlangsung pada 3 hingga 6 Jun depan di Markas PAS Taman Melewar, Gombak dekat sini.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan