Pemilihan PAS: Calon Ketua Dewan Muslimat Bayangkan Jawatan Tidak Dipertandingkan

Diterbitkan: Rabu, 18 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Calon Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud membayangkan bahawa jawatan nombor satu sayap berkenaan tidak akan dipertandingkan pada pemilihan bulan depan.

Beliau berkata, perkara itu kemungkinan akan berlaku sekiranya kesemua yang dicalonkan untuk merebut kerusi itu bersepakat untuk memilih seorang calon bagi jawatan berkenaan.

"Namun andai tiada pesefahaman di antara kami, pertandingan tetap akan diteruskan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Siti Mariah disahkan layak bertanding oleh Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat selepas proses pencalonan ditutup Ahad lalu.

Muktamar tahunan parti itu akan diadakan pada 3 hingga 5 Jun.

Ini merupakan pencalonan kali kedua diterima Siti Mariah yang pernah dicalonkan bagi jawatan sama pada 2009.

Bagaimanapun beliau mengambil keputusan untuk menarik diri dan kerusi tersebut dimenangi oleh Nuridah Salleh.

Selain Siti Mariah dan Nuridah, dua calon lain yang layak bertanding bagi jawatan itu ialah Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof dan Dr Asiah Ali.

Semua calon perlu menjawab sama ada bersetuju untuk bertanding kepada ibu pejabat parti sebelum atau pada 26 Mei ini.

Dalam pada itu, Siti Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja itu, masih belum memberi kata putus sama ada mahu bertanding atau menarik diri.

Menurut beliau, keputusan sama ada mahu terus bertanding atau sebaliknya akan diputuskan selepas pertemuan dengan tiga calon lain yang akan diadakan hujung minggu ini.

"Banyak aspek lain yang perlu diambil kira sebelum bertanding. Bertanding atau sebaliknya bukan soal utama. Tapi adakah saya layak untuk memikul amanah tersebut? Berapa undian yang diterima?"

Beliau turut memberitahu masih belum menerima surat tawaran secara rasmi daripada jawatankuasa pemilihan dan hanya mengetahui namanya tercalon menerusi akhbar.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan