Kesemua Penumpang Kapal MV Finch Selamat

Diterbitkan: Rabu, 18 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

El-ARISH (MESIR): Kesemua 12 penumpang serta krew termasuk dua wartawan Malaysia yang menaiki kapal MV Finch dilaporkan berada dalam keadaan selamat, sekali gus menafikan dakwaan laporan Al-Jazeera pada Selasa.

Stesen televisyen asing itu melaporkan bahawa berlakunya kematian dan kecederaan pada krew dan penumpang kapal itu.

Wartawan Bernama Mohd Faizal Hassan yang turut berada di dalam kapal itu melaporkan sehingga berita ini ditulis, kesemua individu di dalam kapal itu berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan lanjutan serangan itu.

Kapal itu masih lagi berada di kawasan menunggu di perairan pelabuhan El-Arish, Mesir sejak tiba di sini, petang Isnin selepas dikawal oleh tentera Mesir dari kawasan serangan.

Kerenah birokrasi dan sikap tidak profesional sesetengah pihak yang mengendalikan urusan "loading" barang kargo kapal menyebabkan peserta misi tidak dapat keluar dari kapal sejak semalam.

Bagaimanapun, mereka masih menunggu kebenaran pihak berwajib untuk mengemaskini semua barang yang berada di dalam kapal supaya dapat memudahkan pergerakan mereka ke darat.

Kesemua barang itu akan dihantar kepada Kementerian Alam Sekitar di Gaza menerusi ejen dan proses ini memakan masa yang lama.

Kapal MV Finch itu dikemudi rakyat Malaysia, Kapten Abdul Jalil Mansor dengan dibantu empat krew iaitu Zainuddin Mohamad dan Mohd Jaffery Ariffin dari Malaysia serta dua warga India iaitu Sharma Chandan Shimla dan Pal Satya Prakash.

Selain wartawan Bernama, turut berada di atas kapal itu ialah wartawan akhbar New Straits Times Iskandar Alang Bendahara, petugas sukarela Felda Mohd Radzillah Abdullah dan tiga aktivis kemanusiaan iaitu Derek Graham dan Jenny Graham dari Ireland serta Julie Levesque dari Kanada.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan