Kerajaan Tidak Boleh Terburu-buru Tangani Isu Manipulasi Agama

Diterbitkan: Rabu, 18 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELAMA: Kerajaan tidak boleh terburu-buru menangani isu manipulasi agama bagi mengelak berlakunya implikasi yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata kerajaan perlu berhati-hati supaya tidak terperangkap dalam 'permainan jahat' pihak tidak bertanggungjawab.

"Kerajaan tidak boleh terburu-buru, sebaliknya perlu mengikut segala prosedur bagi mengelak implikasi yang lebih besar...kita tidak menghadapi masalah untuk membuat tangkapan tetapi perkara ini perlu dilihat secara menyeluruh," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Larut di sini Selasa.

Beliau berkata pihaknya perlu berhati-hati kerana tindakan penahanan pihak berkuasa merupakan strategi mereka untuk menimbulkan simpati rakyat.

Pada sidang media selepas itu, beliau meminta supaya semua pihak tidak terlampau beremosi dalam membincangkan isu mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara seperti diperuntukkan Perlembagaan negara.

Hishammuddin berkata daripada laporan polis yang diterima, setakat ini masih sukar menentukan siapa yang benar atau sebaliknya dalam perkara terbabit.

"Kita hanya akan tahu selepas siasatan polis. Oleh itu jangan kita beremosi dan saya berharap bahangnya dapat kita turunkan termasuk sesama akhbar. Kali ini ia berkaitan Utusan Malaysia, tetapi jangan ingat China Press, Nanyang Siang Pau malah New Straits Times tidak berdepan isu yang sama sebelum ini," katanya.

Terdahulu Ketua Umno Bahagian Larut Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar mahu kerajaan bertindak tegas termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka yang cuba mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan