Kemenangan Abdul Hadi Permudah Kerjasama Dalam PR

Diterbitkan: Rabu, 18 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kejayaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatannya bagi penggal kelima berturut-turut akan mempermudah kerjasama serta agenda Pakatan Rakyat (PR) yang telah dirancang selama ini.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat, Zuraida Kamaruddin berkata keputusan tersebut akan mengeratkan lagi hubungan PAS dengan PR pada masa hadapan.

“Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Tuan Guru Hadi Awang kerana mengekalkan jawatan Presiden PAS tanpa bertanding

“Ini menunjukkan PAS sebuah parti yang mempunyai kesatuan yang sangat kukuh. Kita doakan kepimpinan beliau dapat diteruskan untuk membawa PAS ke tahap yang lebih tinggi,” katanya kepada mStar Online di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kemenangan Abdul Hadi mengekalkan jawatannya sebagai Presiden PAS bagi penggal ke lima pada pemilihan parti itu yang akan diadakan awal bulan depan.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang disahkan menang tanpa bertanding selepas seorang lagi calon yang dicalonkan merebut jawatan berkenaan tidak layak bertanding kerana gagal mendapat pencalonan yang cukup.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, setiap calon memerlukan dua pencalonan daripada PAS kawasan bagi melayakkan mereka bertanding.

Sebelum ini PAS Kawasan Bukit Bintang menerusi mesyuarat agungnya membuat kejutan apabila mencalonkan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa bagi merebut jawatan nombor satu parti itu.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan