Harga RON95: Kerajaan Diminta Kaji Beban Rakyat

Diterbitkan: Rabu, 18 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Kerajaan diminta menjalankan kajian secara mendalam sebelum membuat keputusan menaikkan harga petrol RON95, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kerajaan perlu mencari satu mekanisme lain bagi menjimatkan pemberian subsidi untuk bahan bakar itu.

"Saya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai mekanisme lain yang boleh digunakan bagi menampung subsidi dan kenaikan harga minyak tersebut.

"Kerajaan juga boleh menggunakan pelbagai sumber cukai untuk menampung subsidi tersebut," katanya kepada pemberita selepas menutup program gotong-royong Perdana Mukim Bangau anjuran bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sungai Gau dan Angkatan Tentera Malaysia di sini Selasa.

Turut hadir Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah, yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin semalam yang meminta kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 bagi menjamin kebajikan rakyat.

"Bagaimanapun, kerajaan dalam keadaan serba salah jika harga minyak tidak dinaikkan, kerana ia akan meningkatkan defisit kerajaan," katanya yang bersetuju kenaikan RON95 membebankan rakyat kerana harga barangan lain akan turut meningkat.

Mengenai program gotong royong itu, beliau berkata program 'tentera masuk kampung' akan diteruskan bagi meningkatkan hubungan baik antara rakyat dan tentera.

Ahmad Zahid berkata program sedemikian sebenarnya telah dilaksanakan sejak sekian lama dan dilihat memberi banyak manafaat kepada semua pihak.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM20,000 kepada Masjid kampung Sungai Gau. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan