Dr M Dimasukkan Ke IJN Mengadu Sakit Dada

Diterbitkan: Rabu, 18 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada pagi Rabu, setelah mengadu sakit dada.

Beliau dimasukkan ke wad biasa pada pukul 6 pagi tadi selepas mengalami demam dan batuk sejak dua hari lalu.

Dr Mahathir yang juga Penasihat Petronas pada ketika menjalani rawatan intravena antibiotik dan fisioterapi dada secara intensif.

Pembantu khas beliau, Sufi Yusof dalam satu kenyataan di sini berkata, Dr Mahathir dijangka berada di IJN selama seminggu.

Para doktor turut menasihatkan supaya beliau tidak menerima sebarang pelawat kecuali ahli keluarga terdekat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan