Bantuan Diteruskan Walaupun Kapal MV Finch Diserang

Diterbitkan: Selasa, 17 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Misi menghantar bantuan kemanusiaan yang ditaja Malaysia ke Gaza akan diteruskan walaupun kapal MV Finch yang dinaiki oleh 12 krew dan penumpang termasuk tujuh rakyat Malaysia diserang oleh tentera Israel selepas berjaya menembusi perairan Gaza awal pagi Isnin.

Penasihat Yayasan Keamanan Global Perdana Malaysia (PGPF), Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata bantuan itu akan diteruskan kerana bantuan yang dihantar adalah barangan keperluan asas yang amat diperlukan oleh kira-kira 1.5 juta rakyat Palestin yang menghuni Gaza.

"Kita akan menggunakan jalan darat iaitu merentasi sempadan Mesir-Gaza di Rafah," katanya kepada pemberita selepas majlis dialog bersama pesawah dalam kawaswan Parlimen Jerlun dekat sini Selasa.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Jerlun berkata jika boleh, barang-barang itu memang hendak dihantar melalui jalan laut kerana mana-mana negara pun yang ada pesisir pantai ada hak untuk menggunakan saluran itu untuk berdagang dengan semua pihak.

"Kapal MV Finch adalah kapal pertama yang dalam jangka masa bertahun-tahun telah berjaya menembusi sekatan perairan melalui Mesir tetapi setelah hampir dengan persisiran Gaza mereka bukan hanya disekat tetapi ditembak menggunakan senjata yang agak besar, yang saya difahamkan senjata itu berukuran 50mm," katanya.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata selepas ini jika ada peluang lain kemungkinan pihaknya akan menggunakan jalan laut dan akan cuba menembusi sekatan itu sekali lagi.

"Tindakan yang diambil oleh tentera Israel adalah tindakan yang mencabuli undang-undang dunia. Ia satu tindakan kejam yang harus dikecam semua pihak," katanya.

Katanya semua pihak tidak boleh menerima tindakan yang diambil oleh Israel itu kerana apa yang mereka lakukan itu telah melanggar undang-undang iaitu dengan membuat sekatan ekonomi ke atas rakyat Palestim di Gaza.

"Tindakan mereka (Israel) dikecam sekeras-kerasnya dan kami di Yayasan Keamanan Global Perdana ingin menonjolkan ketidakadilan yang berlaku oleh pihak Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza yang telah lama menderita terhadap sekatan yang dibuat oleh Israel," katanya.

Kapal MV Finch yang membawa bantuan untuk rakyat Palestin di Gaza telah dihalang oleh dua bot tentera laut Israel yang melepaskan tembakan di perairan berhampiran Rafah awal pagi semalam.

Kesemua yang berada di atas kapal itu bagaimanapun terselamat. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan