Abdul Hadi Dijangka Kekal Presiden PAS

Diterbitkan: Selasa, 17 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka mengekalkan jawatannya sebagai Presiden PAS untuk penggal kelima.

Beliau akan terus menerajui parti itu pada Muktamar ke-57 pada bulan depan, berikutan tiada calon lain yang layak bertanding merebut jawatan tersebut.

Seseorang calon itu perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua pencalonan untuk layak bertanding.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa hanya menerima satu pencalonan daripada PAS Bukit Bintang untuk bertanding merebut jawatan presiden berkenaan.

Abdul Hadi, yang dilantik sebagai pemangku Presiden PAS pada Julai 2002, tidak pernah dicabar sejak terpilih memegang jawatan tersebut pada 2003, menurut Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Bagaimanapun, Ahmad berkata, PAS hanya akan mengumumkan pada Selasa sekiranya Abdul Hadi akan menang tanpa bertanding jawatan tersebut.

"Saya boleh mengesahkan Tok Guru (Abdul Hadi) tidak pernah dicabar sebelum ini, tetapi kita hanya boleh mengesahkannya esok sekiranya dia bakal menghadapi tentangan pada tahun ini," katanya.

PAS juga akan mengumumkan senarai nama calon yang layak bertanding jawatan-jawatan pusat lain termasuk Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Penyandang Timbalan Presiden, Nashrudin Mat Isa dijangka mempertahankan jawatannya.

Antara mereka yang layak bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden termasuk Naib-Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahudin Ayub, ahli-ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohamed Sabu dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Tuan Ibrahim dan Salahudin berkata, mereka lebih suka mempertahankan jawatan Naib Presiden.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata, dia mungkin mengubah pendiriannya berdasarkan jumlah pencalonan.

"Sekiranya saya menerima lebih banyak pencalonan untuk bertanding dalam sesuatu jawatan, saya mungkin akan bertanding," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, walaupun pemilihan parti diadakan sebelum pilihan raya umum, mereka tidak menjangka berlakunya sabotaj dalaman.

"Parti-parti lain di Malaysia cenderung menangguhkan pemilihan parti apabila menjelangnya pilihan raya umum, tetapi PAS tidak pernah berbuat demikian.

"Ini kerana kami yakin bahawa pertandingan merebut jawatan-jawatan tinggi tidak akan menghancurkan parti. Lain-lain parti menangguhkan pemilihan dalaman ekoran takut ia akan berpecah-belah.

"Kami mendukung demokrasi sihat kerana menghormati keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli.

"Selain itu, calon-calon dalam PAS tidak merebut jawatan parti dengan harapan mereka turut akan dipertimbangkan untuk bertanding dalam pilihan raya umum sebagaimana yang dipraktikkan dalam parti-parti lain.

"Malah dalam PAS, calon-calon yang tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti masih dipertimbangkan untuk bertanding dalam pilihan raya umum," katanya sambil menambah calon-calon akan ditapis di peringkat cawangan, kawasan, negeri dan pusat sebelum Majlis Syura PAS menyokong pencalonan mereka.

Katanya, jawatankuasa disiplin tidak menerima sebarang aduan berhubung dengan provokasi dan perlanggaran etika semasa Mesyuarat Agung Tahunan kawasan baru-baru ini.

"Kami berharap tidak berlaku sebarang kekacauan semasa Muktamar berlangsung," katanya lagi.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan