Tempat Kecil Tidak Terlepas Risiko Buli

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARUDI: Sekolah di kawasan separa luar bandar seperti di Marudi tidak terkecuali menghadapi risiko berlakunya kejadian buli dan gengsterisme jika tiada langkah awal mencegahnya, kata Anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) kawasan itu, Sylvester Entri Muran.

Katanya walaupun belum ada kes dilaporkan di sini, isu-isu membabitkan penderaan yang turut melibatkan kecederaan dan kematian pelajar yang telah berlaku di tempat-tempat lebih besar di negara ini perlu menjadi iktibar kepada guru dan ibu bapa di sini.

"Mungkin perkara ini belum terjadi di tempat kita, tetapi jika kita tidak berjaga-jaga, ia boleh menular hingga ke tahap sekolah rendah," katanya semasa berucap merasmikan sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Datuk Sharif Hamid di sini, Isnin.

Entri yang juga Menteri Muda Kemudahan Awam dan Kemajuan Tanah Sarawak berkata pendidikan sivik dan agama perlu ditekankan pada peringkat awal persekolahan lagi sebagai langkah proaktif untuk mengekang gejala sedemikian di sekolah.

"Ibu bapa juga perlu sentiasa memantau sikap dan pergaulan anak-anak mereka di luar waktu sekolah," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan