Suruhanjaya Siasat Salah Laku Penguatkuasa Dibentuk

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah suruhanjaya menyiasat aduan salah laku pegawai atau agensi penguatkuasa yang dinamakan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (EAIC) akan ditubuhkan September ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata suruhanjaya tersebut juga berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang mengugut atau mencederakan pengadu.

Beliau menambah, di bawah Seksyen 44, akta tersebut menyatakan sesiapa yang mengancam, menghina atau mencederakan mana-mana individu dan didapati bersalah maka dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

"Bagaimanapun suruhanjaya terbabit tidak mempunyai kuasa untuk merahsiakan identiti para pengadu kerana siasatan perlu dilakukan secara telus," kata beliau.

Menurut Liew, tiada peruntukan dalam Akta Suruhanjaya Intergiti Agensi Penguatkuasa yang membolehkan suruhanjaya tersebut merahsiakan identiti pengadu.

Setiap individu juga dikehendaki memberi maklumat yang diperlukan oleh suruhanjaya tersebut di dalam penyiasatan yang dilakukan.

Mereka yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan denda RM10,000 atau boleh dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Suruhanjaya yang diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Heliliah Yusof ini telah mengadakan mesyuarat pertama pada 25 April lalu dan masih dalam proses pembentukan termasuk operasi pengambilan kakitangan, para pegawai dan lain-lain.

Kata beliau, prosedur dalam menerima dan menyiasat aduan masih diatur.

Liew menegaskan bahawa EAIC bukanlah agensi penguatkuasaan dan tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan hukuman.

"Sebaliknya suruhanjaya ini akan menyampaikan hasil siasatan dan cadangannya kepada jawatankuasa disiplin atau timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya," ujar beliau.

Liew menyatakan aduan pada mulanya akan disiasat oleh Jawatankuasa Aduan yang kemudiannya akan memberi siasatan kepada suruhanjaya.

Anggota jawatankuasa untuk suruhanjaya tersebut akan diisi oleh para pegawai yang mempunyai latar belakang perundangan bagi membolehkan mereka menganalisis asas aduan yang dibuat.

Ahli-ahli suruhanjaya adalah Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Paul Low, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Tan Sri Dr Zulkefli A. Hassan, bekas Speaker Dewan Negeri Sarawak, Datuk Seri Robert Jacob Ridu, Naib Canselor UKM, Profesor Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan dua orang peguam, Vinayak Prabhakar Pradhan dan Datuk Salehuddin Saidin.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan