SPNB Kenal Pasti 7 Kawasan Di Lembah Kelang Untuk Skim Rumah Pertamaku

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Perumahan Nasional Bhd (SPNB) mengenal pasti tujuh kawasan di Lembah Kelang bagi melaksanakan pembinaan rumah yang mampu dimiliki di bawah Skim Rumah Pertamaku (SRP).

Pengerusi SPNB, Datuk Ir. Idris Haron berkata, kawasan terbabit ialah di Putrajaya, Cyberjaya, Rawang, Damansara, Shah Alam, Kelang dan Puchong.

"Pemaju-pemaju tersebut telah berbincang dengan SPNB untuk membangunkan tanah tersebut dalam konteks skop kerja SPNB. Maksudnya, mereka ingin membangunkan tanah tersebut secara menyeluruh dengan menggunakan bantuan SPNB untuk memudahkan proses mereka dengan agensi kerajaan.

"Ia adalah perbincangan profesional antara SPNB dan pihak pemaju," katanya pada sidang akhbar selepas SPNB memerterai perjanjian dengan 25 buah bank untuk SRP di sini, Isnin.

SRP telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100 peratus daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka.

Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Melalui skim ini, individu, terutama golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000, boleh mendapat pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk membeli rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000, dengan tempoh pembayaran sehingga 30 tahun.

Kerajaan, melalui Cagamas akan menjamin bayaran pendahulan atau wang deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli rumah tersebut.

Bank yang terlibat ialah Affin Bank Bhd, Affin Islamic Bank Bhd, Alliance Bank Malaysia Bhd, Alliance Islamic Bank Malaysia Bhd, AmBank Bhd, AmIslamic Bank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd, CIMB Bank Bhd, CIMB Islamic Bank Bhd, EON Bank Bhd, EONCAP Islamic Bank Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Hong Leong Islamic Bank Bhd.

Maybank Bhd, Maybank Islamic Bank Bhd, OCBC Bank Malaysia Bhd, OCBC Al Amin Bhd, Public Bank Bhd, Public Islamic Bank Bhd, RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd, United Overseas Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Saadiq Bhd dan Cagamas Bhd (CSC Department).

Mengenai syarat pendapatan di bawah RM3,000 kepada pemohon yang dilihat tidak relevan di Lembah Kelang, Idris berkata, kerajaan perlu bermula dari satu tahap terlebih dahulu.

"Akan terdapat banyak perubahan serta peningkatan tuntutan. Kita terbuka pada perbincangan. Moga-moga, terdapat suatu ukuran kelayakan berbeza bagi pemohon di Lembah Klang," katanya.

Jelas beliau lagi, dana untuk SRP ialah dana yang diguna semula untuk membina rumah-rumah mampu milik selepas dibayar balik oleh peminjam.

Katanya, syarat tersebut mungkin dikaji semula pada masa hadapan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan