SME Factors Bakal Buka Dua Cawagan Baru Di Sabah, Sarawak

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Syed Zed Al Qudsy
Syed Zed Al Qudsy

PETALING JAYA: Dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada usahawan dan kontraktor di Malaysia Timur, penyedia penyelesaian aliran tunai perusahaan kecil dan sederhana (PKS), SME Factors Sdn Bhd akan membuka dua cawangan baru di Kuching dan Kota Kinabalu.

Menurut Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Syed Zed Al Qudsy pejabat cawangan SME Factors di Kuching dan Kota Kinabalu akan dikendalikan oleh anak tempatan yang lebih memahami selok-belok perniagaan di kedua-dua negeri.

“Mereka akan bergandingan dengan pasukan dari ibu pejabat kami di Petaling Jaya. Pasukan ini akan memberikan panduan dan menetapkan tahap standard perkhidmatan demi memastikan kami memberi perkhidmatan yang berkualiti lagi pantas di sana,” katanya dalam satu kenyataan yang di sini, Isnin.

Menurut Syed Zed, langkah tersebut diambil selepas mereka menerima sambutan yang amat menggalakkan pada majlis pelancaran dari usahawan dan kontraktor PKR di kedua-dua negeri itu minggu lalu.

“Pejabat cawangan SME Factors di Kuching dan Kota Kinabalu dijangka dibuka dalam beberapa bulan akan datang.

“Buat masa ini pelanggan dari Sabah dan Sarawak akan diuruskan oleh pasukan jualan dari ibu pejabat yang akan kerap mengunjungi kedua-dua negeri untuk berjumpa dan mencari pelanggan baru,” katanya.

Justeru, dengan langkah tersebut SME Factors mensasarkan untuk menyalurkan kemudahan berjumlah RM100 juta kepada 100 pelanggan di setiap negeri Sabah dan Sarawak tahun ini.

“Setakat ini ia telah menyediakan kemudahan berjumlah RM500 juta kepada lebih 600 usahawan di Semenanjung.

“Selain melaksanakan analisis pengurusan risiko yang mendalam terhadap pelanggan, SME Factors juga menjanjikan kelulusan segera dalam tempoh lima hari sahaja,” katanya.

SME Factors merupakan sebuah syarikat yang menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk kemudahan aliran tunai kepada pengusaha dan kontraktor PKS tempatan.

Ia telah dilesenkan di bawah Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan dan mengkhusus dalam pembiayaan dengan menawarkan penyelesaian aliran tunai kepada semua jenis PKS tanpa mengira industri mahupun saiz, baik yang baru bertapak mahupun syarikat bernilai jutaan ringgit.

Minggu lalu, Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg merasmikan pelancaran perkhidmatan SME Factors di Kuching sementara, Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah Datuk Raymond Tan Shu Kiah Telah melancarkan SME Factors di Kota Kinabalu.

Mengulas mengenai perluasan operasi SME Factors ke Sabah dan Sarawak, Syed Zed berkata perkembangan ekonomi dan perindustrian yang rancak di Sabah dan Sarawak amat memberangsangkan.

“Pihak kerajaan di kedua-dua negeri telah melakukan usaha terbaik untuk menarik para pelabur dan pengusaha untuk sama-sama membangunkan ekonomi negeri dan dasar mesra perniagaan ini harus diteruskan dan menjadi contoh pada negeri-negeri lain.

“Berlatarbelakangkan perkembangan positif ini, SME Factors membuat keputusan untuk mengorak langkah memperluaskan perkhidmatan kami untuk para usahawan dan kontraktor dalam sektor PKS di Sabah dan Sarawak,” katanya.

SME Factors memulakan perkhidmatan kemudahan pembiayaan untuk pengusaha PKS di Semenanjung sejak 2008.

Setakat ini SME Factors telah menawarkan kemudahan pembiayaan berjumlah lebih RM500 juta kepada 600 kontraktor yang mendapat projek dari Kerajaan ataupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ia merancang memperluaskan capaian produknya kepada PKS yang melaksanakan projek sektor sektor swasta pula menjelang separuh kedua tahun ini.

“SME Factors bertekad untuk membantu menjadikan sektor PKS sebagai salah satu tonggak utama ekonomi negara.

“Sektor PKS tempatan yang berkembang dengan kukuh akan menggalakkan permintaan serta pelaburan dalam negara dan ini secara tidak langsung mengurangkan pergantungan kita terhadap pasaran eksport,” ujarnya.

Beliau berkata, dengan tahap pemahaman yang tinggi terhadap pelbagai permasalahan yang dihadapi perniagaan PKS, SME Factors bersungguh-sungguh ingin berkongsi pengalaman dan kepakaran untuk membantu para usahawan dalam usaha menjadi salah satu tonggak utama ekonomi negara.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan