Sistem Elektronik Akses Maklumat Tanah Di Selangor Siap Oktober Ini - Khalid

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sistem pangkalan data elektronik yang sedang dibangunkan kerajaan negeri Selangor untuk memudahkan orang ramai mengakses maklumat mengenai pemilikan tanah di negeri ini dijangka disiap Oktober ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata menerusi sistem itu, pemilik geran tanah berpeluang mengetahui status dan lokasi sebenar tanah mereka.

"Kerajaan sedang dalam proses memindahkan data mengenai pemilikan tanah dari fail fizikal ke dalam sistem elektronik itu yang melibatkan 1.5 juta fail secara keseluruhan. "Fungsi sistem ialah (antara lain) untuk mengetahui status tanah kerajaan, dan tanah TOL (lesen menduduki sementara)...sebelum ini kita tidak tahu," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan jabatan-jabatan kerajaan Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, Isnin.

Abdul Khalid berkata bagi memudahkan pemilik tanah mengetahui lokasi tanah mereka, pihak Pejabat Tanah dan Daerah akan membantu menunjukkan lokasi itu. Bagaimanapun, katanya seramai 400 warga kerja pejabat tanah perlu dilatih sebelum mereka dapat melaksanakan perkara tersebut. Menteri Besar berkata seramai 80,000 penduduk di negeri ini yang telah tinggal berpuluh-puluh tahun di tanah berstatus TOL akan diberikan geran hak milik tanah pada tahun ini.

"Proses ini nanti dilakukan secara berkelompok kerana sebelum ini dibuat secara terpilih melibatkan lingkungan 200 keluarga sahaja di satu-satu daerah atau mukim ," katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata beliau akan menemui penduduk Kampung Kerandang di Hulu Selangor yang kawasan penempatan mereka dikatakan menceroboh kawasan Hutan Simpan Bukit Tarek. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan