Projek Ladang Rakyat: Nik Aziz Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media dan pihak yang menuduh kerajaan Pas Kelantan merampas tanah rakyat bagi membangunkan projek Ladang Rakyat.

Beliau, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata hakikatnya kerajaan Pas Kelantan tidak pernah merampas tanah dan kerajaan hanya membangunkan projek ladang rakyat itu di atas tanah kerajaan negeri.

"Kami mana boleh ambil tanah rakyat. Tanah Rakyat adalah tanah yang ada geran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program hari himpunan anggota koperasi peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan Berhad (KOPELADAR), di sini, Isnin. Beliau berkata demikian mengulas tindakan lebih 1,000 anggota badan bukan kerajaan (NGO) dan Pemuda Umno Kelantan yang mengadakan perhimpunan bagi membantah berhubung dakwaan penyelewengan projek ladang rakyat di hadapan kompleks kerajaan negeri di Kota Darul Naim di sini.

Perhimpunan secara aman yang berlangsung selama sejam itu bermula pada pukul 9.30 pagi disertai Orang Muda Berpadu Anti Korupsi Kelantan (OMBAK), Majlis Belia Kelantan, Majlis NGO Negeri Kelantan, Belia 4B dan Pemuda Umno Kelantan dan penduduk Orang Asli di Gua Musang yang kehilangan tanah mereka akibat projek itu.

Nik Abdul Aziz berkata beliau tidak menghalang jika ada pihak mengadakan demonstrasi tetapi kesal dengan fitnah yang dibuat oleh mereka yang berdemonstrasi kononnya kerajaan merampas tanah rakyat.

Pada sidang media yang sama, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yacob menjelaskan sehingga kini 50,000 hektar tanah di negeri Kelantan telah dibangunkan untuk projek ladang rakyat.

"Projek itu melibatkan 4,500 peserta dengan 10 buah syarikat dilantik untuk membangunkan kawasan projek itu dan hasil keluaran ladang rakyat sejak 2006 sehingga sekarang adalah RM49 juta," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan