Institut Pengurusan Baitulmal Wajar Dinaik Taraf Sebagai Kolej Universiti - Jamil Khir

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sudah tiba masanya bagi Institut Profesional Baitulmal (IPB) dinaik taraf sebagai kolej universiti.

Beliau berkata selepas hampir 19 tahun beroperasi, status IPB wajar dinaikkan ke tahap yang lebih tinggi seiring dengan hasrat kerajaan untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

Jamil Khir berkata melalui langkah itu, IPB akan dapat melahirkan lebih ramai golongan profesional di kalangan umat Islam dan seterusnya memberi saingan kepada institusi pengajian tinggi lain di negara ini.

"Untuk penubuhan baru (IPB), kita mempunyai beberapa bidang tanah untuk dimajukan di Wilayah Persekutuan dan Selangor," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat pelantikan sebagai pengerusi IPB yang baru kepada Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkuatkuasa 1 Mei lepas.

Wan Mohamad yang merupakan bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), menggantikan Tan Sri Hanafiah Ahmad yang tamat tugas pada 16 Mac lepas selepas 19 tahun berkhidmat.

Jamil Khir berharap dengan pengalaman dan pengetahuan sebelum ini, Wan Mohamad dapat merealisasikan hasrat menjadikan IPB sebagai sebuah Kolej Universiti.

Wan Mohamad ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata perkara itu akan menjadi agenda pertama beliau sebagai pengerusi baru dan pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama Ahli Lembaga IPB sebelum perkara itu diutarakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Beliau bagaimanapun belum menetapkan tarikh perbincangan itu.

"Kita perlu meneliti syarat yang ditentukan oleh KPT, kerana ada kriteria tertentu perlu dipenuhi untuk mewujudkan sebuah kolej universiti," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan