Tuanku Nur Zahirah Lawat Hospital Sultanah Bahiyah

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada Ahad berkenan meluangkan masa hampir dua jam melawat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Keberangkatan tiba baginda bersama Sultanah Kedah Tuanku Haminah Hamidun disambut Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, isteri Menteri Besar Toh Puan Faekah Sheikh Hamzah dan pegawai kanan HSB.

Selain melawat wad kanak-kanak, wad wanita dan wad diraja, baginda juga berkenan menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada HSB.

Tuanku Nur Zahirah berada di Kedah bagi mengiringi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam rangka lawatan tiga hari ke sini sejak Jumaat.

Seri Paduka Bagida berdua dijangka berangkat pulang ke Kuala Lumpur petang ini.

Kompleks HSB yang dibina di atas kawasan seluas 28.3 hektar dengan kos RM552 juta memberi perkhidmatan perubatan tahap sekunder dan tertiari dalam 11 bidang kepakaran serta 22 subkepakaran.

Menyediakan 828 katil, HSB mula beroperasi pada 29 September 2007. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan