Tuanku Mizan Hadiri Taklimat Pembangunan Negeri Kedah

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Ahad berangkat menghadiri Majlis Taklimat Pembangunan Negeri Kedah, yang merupakan sebahagian daripada program sempena lawatan tiga hari baginda ke negeri ini.

Keberangkatan tiba baginda di Wisma Darul Aman di sini disambut Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Baginda kemudiannya melihat pameran pembangunan negeri sebelum mendengar taklimat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Rasli Basir di bilik gerakan, yang antara lain menyentuh visi pembangunan negeri untuk mewujudkan 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua'.

Tuanku Mizan juga dimaklumkan mengenai misi Kedah yang mahu menjadi destinasi pelaburan dan hub pengeluaran makanan di Malaysia, selain pencapaian ekonomi negeri.

Terdahulu, Azizan dalam ucapannya, berkata lawatan Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah memberi gambaran jelas mengenai hubungan erat antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri di bawah konsep demokrasi berparlimen.

"Sebanyak 10 acara rasmi telah disusun bagi menjayakan lawatan rasmi ini. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak terlibat menggambarkan perpaduan yang erat di kalangan rakyat di negeri ini," katanya.

Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah tiba di sini kelmarin dan dijadual berangkat pulang petang ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan