Tangani Persepsi Negatif Untuk Tingkatkan Kredibiliti BN - Zahid

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata persepsi negatif yang menghakis kredibiliti Barisan Nasional (BN) perlu ditangani secara berterusan.

Beliau berkata langkah itu, antara lain, bagi membolehkan masyarakat faham tentang program transformasi yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, walaupun karisma kepimpinan Najib dilihat banyak membantu dalam memulihkan kredibiliti BN sehingga kini, namun ia akan lebih kukuh jika semua pihak berusaha ke arah itu.

"Biarpun situasi dan kepimpinan telah berubah, serta dinamik yang dibawa oleh Perdana Menteri dan timbalannya (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telah melata, namun ia perlu dirasai oleh akar umbi supaya mereka turut bersama dalam gelombang transformasi yang dibawa kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Lembah Pantai, Ahad.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid menyokong kenyataan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, yang dilapor meminta pelaku zina dalam video seks melibatkan seseorang mirip penasihat Parti Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim, diambil tindakan undang-undang.

"Maksiat dalam bentuk apapun ditegah. Dalam kes ini, kita serah kepada polis untuk melakukan tindakan selanjutnya, sama ada mengikut undang-undang sivil ataupun syariah," kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan.

Beliau turut mengulas isu ugutan yang didakwa diterima anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah, yang mendakwa anak perempuannya akan diculik jika Anwar tidak bersara daripada dunia politik.

Ahmad Zahid menyifatkan perkara itu sebagai 'reverse psychology'.

"Ini bagi menyatakan bahawa mereka berada dalam keadaan tertekan, dan tentunya perkara ini akan menarik simpati mereka yang berada dalam kumpulan yang sama, ataupun mereka yang berada di atas pagar," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan