Salleh Syor Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Diiktiraf Sebagai Peringkat Nasional

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BELUD: Kerajaan pusat disaran agar mengiktiraf Pesta Kaamatan peringkat negeri pada 31 Mei setiap tahun sebagai peringkat nasional dan tidak perlu menganjurkan Pesta Kaamatan secara berasingan seperti yang berlaku sebelum ini.

Ketika membuat saranan itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata pengiktirafan itu selaras dengan aspirasi kerajaan di bawah konsep 1Malaysia yang mengutamakan perpaduan rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya.

Beliau berkata perayaan berasingan -- Pesta Kaamatan peringkat negeri dan kebangsaan -- memperlihatkan suatu keadaan yang tidak 'sehaluan' atau tidak 'sependapat' antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

"Mungkin ada pihak tertentu yang berasa hairan, kenapa sesuatu perayaan itu harus dirayakan secara berasingan, sedangkan ia boleh dirayakan secara serentak.

"Sebab itu saya mencadangkan agar kerajaan pusat menimbang kemungkinan mengiktiraf Pesta Kaamatan peringkat negeri sebagai perayaan peringkat Nasional," katanya ketika berucap merasmikan Pesta Kaamatan peringkat daerah di sini, Ahad.

Salleh, yang juga Presiden Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) berkata langkah itu juga dapat menjimatkan bajet untuk menganjurkan perayaan itu.

"Sekiranya Pesta Kaamatan peringkat negeri diiktiraf sebagai perayaan kebangsaan atau nasional, ia lebih meriah dan lebih memperlihatkan kesatuan dalam kepelbagaian kaum, sekaligus membantu memacu sektor pelancongan di Sabah," katanya.

Bagaimanapun, Salleh berkata keaslian perayaan Pesta Kaamatan yang sinonim dengan budaya masyarakat Kadazandusun di Sabah perlu dikekalkan terutama daripada segi pengisian program perayaan.

Salleh turut mencadangkan agar kerajaan pusat menyalurkan bantuan kewangan untuk membantu menjayakan penganjuran Pesta Kaamatan di peringkat daerah.

Katanya sokongan seumpama itu penting kerana ia menunjukkan komitmen kerajaan pusat dalam menjaga kepentingan kaum minoriti di negara ini. Beliau juga mahu rakyat pelbagai kaum di Sabah menjadikan Pesta Kaamatan sebagai medan untuk mengeratkan perpaduan.

Salleh berkata walaupun Sabah mempunyai lebih 30 etnik suku kaum, namun mempunyai keunikan budaya, toleransi dan agama yang begitu baik.

"Tidak hairanlah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menyifatkan Sabah sebagai 'role model' kepada konsep 1Malaysia yang antara lain mengutamakan perpaduan nasional," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan