Pemuda Umno Kota Belud Ikrar Sokong Gandingan Musa-Salleh

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BELUD: Pergerakan Pemuda Umno Kota Belud pada Ahad menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap gandingan Datuk Seri Musa Aman dan Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak untuk memimpin Umno Sabah.

Ketuanya Baharul Sawi berkata gandingan Musa sebagai Pengerusi dan Salleh selaku Timbalan Pengerusi adalah yang terbaik serta mantap.

"Kita komited menjunjung kepada prinsip satu perjuangan 'sebuah bahtera, seorang nahkoda' 'sebuah kereta, seorang pemandu', 'mendayung bersama berketua satu', bukannya talam bermuka dua, bukan juga ular berkepala dua.

"Inilah janji setia kita untuk selamanya, selagi hayat dikandung badan, selagi khidmat masih diperlukan, untuk Pemuda bersama-sama Ketua Bahagian kita," katanya ketika berucap pada persidangan perwakilan sayap itu di sini, yang dirasmikan Salleh selaku Ketua Umno Kota Belud.

Baharul turut mempertahankan tindakan Salleh yang sentiasa teguh di belakang Musa apabila Ketua Menteri Sabah itu menerima kritikan daripada pihak berkepentingan.

"Kita sependapat dengan Ketua Bahagian betapa Ketua Menteri telah membawa banyak perubahan dan kemajuan untuk rakyat dan negeri ini, selain memakmurkan politik Barisan Nasional (BN) di negeri kita ini," katanya.

Justeru katanya, tidak ada sebab dan alasan untuk pihak terbabit memperkecilkan kewibawaan Musa yang berjaya membawa BN mencatat kemenangan besar pada pilihan raya umum 2008.

Baharul berkata kritikan itu yang datang daripada kalangan anggota BN sendiri adalah bermotifkan politik dan mempunyai agenda tersendiri serta didalangi tangan-tangan ghaib.

Dalam ucapannya itu juga Baharul mengajak anggota Pemuda Kota Belud agar komited dalam perjuangan parti kerana cabaran sekarang jauh berbeza dengan masa dulu.

"Dalam mengharungi cabaran-cabaran ini, marilah kita semua terus bersatu tenaga, berpadu usaha demi mencapai visi dan misi yang disepakati bersama, dalam perjuangan parti yang tidak berpenghujung.

"Bagi maksud ini, Pergerakan Pemuda Umno Kota Belud akan terus memperkasakan program di peringkat akar umbi. Kita akan terus memperhebatkan program mendekati rakyat sebagai kumpulan sasaran," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan