Nik Aziz Akui PAS Kelantan Tidak Mampu Sedia Rumah Kos Rendah Untuk Rakyatnya

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kerajaannya tidak mampu menyediakan rumah kos rendah untuk golongan miskin di negeri itu disebabkan permintaan yang cukup tinggi.

Mursyidul Am PAS itu berkata kerajaan negeri membelanjakan RM50 juta bagi tempoh 2006 hingga 2010 di bawah Program Rumah Mampu Milik.

Bagaimanapun, keperluan rumah kos rendah di negeri ini masih tinggi dan kerajaan negeri tidak mempunyai peruntukan yang cukup untuk tujuan itu, katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek rumah awam kos rendah Wadi Iman yang dilaksanakan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) di Kok Lanas, dekat sini, Ahad.

Nik Abdul Aziz berkata Kelantan memerlukan 6,364 unit rumah untuk menampung keperluan golongan berpendapatan rendah, termasuk 2,800 di jajahan Kota Baharu.

"Kita percaya masih banyak lagi rumah awam kos rendah diperlukan oleh golongan berpendapatan rendah di negeri ini, walaupun dalam kerajaan tidak berkemampuan menyediakan kemudahan itu kerana masalah peruntukan," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan terus berusaha memenuhi keperluan itu dengan kerjasama agensi kerajaan negeri dan swasta bagi melaksanakan projek sedemikian di seluruh negeri.

Pada sidang media yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Anizam Abd Rahman berkata kerajaan negeri akan memastikan setiap projek perumahan yang dilaksanakan tidak terbengkalai.

"Ini perlu bagi mastikan matlamat dasar dan konsep kerajaan negeri iaitu satu rumah satu keluarga tercapai," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan