Najib Akan Sampaikan Syarahan Di Universiti Oxford

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan syarahan di Sheldonian Theatre di Universiti Oxford pada Isnin.

Syarahan bertajuk "Coalition of Moderates and Inter-Civilisational Understanding," (Gabungan Golongan Sederhana dan Kefahaman Antara Tamadun) adalah sebahagian daripada aturcara Najib pada lawatan kerja dua hari beliau di sini.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Zakaria Sulong berkata syarahan itu, antara lain, akan mengupas mengenai isu ektremisme, toleransi dan Islamofobia.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat kepada wartawan Malaysia pada Sabtu malam sebelum ketibaan Najib di London pada 7 malam (waktu tempatan) Ahad.

Katanya kira-kira 700 orang, termasuk ahli akademik dan pemimpin industri akan menghadiri syarahan itu.

Selain menyampaikan syarahan, Zakaria berkata Perdana Menteri, yang lawatannya itu atas jemputan Oxford Centre of Islamic Studies (OXCIS), dijadual melawat pusat itu.

Merupakan institusi bersekutu Universiti Oxford, pusat itu berobjektif menggalakkan pengajian ilmiah mengenai Islam dan dunia Islam.

Malaysia ialah satu daripada penyumbangnya, bersama-sama dengan beberapa negara Islam yang lain, terhadap pembinaan bangunan OXCIS yang baru di Marston Road, inisiatif yang melambangkan toleransi antara dunia Islam dan Barat.

Zakaria berkata Najib dijadual melawat auditorium Malaysia yang boleh memuatkan anggaran 200 orang, dan merupakan simbol kerjasama dua hala antara kerajaan Malaysia dan OXCIS.

Pesuruhjaya Tinggi itu berkata pemimpin Malaysia itu juga dijadual menghadiri majlis jamuan petang dan dialog dengan kira-kira 180 pelajar Malaysia di Hotel Macdonald Randolph di Oxford.

Program beliau termasuk menghadiri majlis sambutan dan makan malam bagi meraikan beliau di Exeter College, Universiti Oxford. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan