Kaum Dayak Penghalang DAP Tawan Sarawak - James Masing

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Bukan mudah untuk DAP merealisasikan impiannya menawan Sarawak pada pilihan raya negeri akan datang kerana mereka perlu meraih sokongan majoriti kaum Dayak.

Namun, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri James Masing percaya kaum itu tidak akan terpedaya dengan janji DAP untuk membolehkan parti tersebut bertanding di kawasan majoriti pengundi Dayak.

"Mungkin akan ada yang menyertai DAP tetapi parti itu tidak akan dapat memikat pemimpin Dayak yang berkualiti.

"Ini kerana walaupun parti itu disertai pelbagai bangsa, DAP pada asasnya parti kaum Cina. Kaum Dayak tidak akan berpeluang bersuara," katanya kepada Bernama, di sini Ahad.

Beliau juga percaya kedudukan hierarki dalam DAP juga akan tetap berorientasikan kaum Cina.

Masing mengulas kenyataan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng, yang baru-baru ini dilapor berkata, dalam usaha menawan Sarawak pada pilihan raya negeri akan datang, parti itu akan ke pedalaman bagi memikat kaum Dayak, termasuk mewujudkan lebih banyak cawangan kaum tersebut.

Mengulas lanjut, Masing berkata DAP tidak mampu menarik minat etnik Dayak seperti yang dibuktikan menerusi kegagalan kerjasama antara parti itu dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

Katanya kekuatan DAP adalah di kawasan bandar yang mana parti itu sekarang mempunyai 12 kerusi yang bermajoritikan kaum Cina.

Bagaimanapun kata Masing, beliau tidak memandang remeh impian DAP itu dan PRS akan meningkatkan usaha mengukuhkan sokongan kaum Dayak kepada partinya.

Ini kerana katanya, pada pilihan raya negeri yang baru berakhir sokongan kaum Dayak kepada Barisan Nasional (BN) merosot sedikit.

"Saya juga akan mencadangkan kepada parti komponen BN agar melihat kerjasama dengan kaum Dayak sebagai satu perkongsian bermakna dan membuatkan mereka berasa lebih positif," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan