Umno tidak Pernah Guna Agama Demi Kepentingan Politik - Khaled Nordin

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR GUDANG: Umno tidak pernah menggunakan agama atau perlembagaan demi kepentingan politik, kata Anggota Majlis Tertinggi parti Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Sabtu.

Sebaliknya kata beliau, perkara itu dilakukan parti pembangkang seperti PAS yang tidak silu menggunakan masjid dan surau untuk aktiviti politik, selain menggelar pihak yang tidak menyokong mereka sebagai menentang Islam.

"Tidak seperti PAS, kita tidak menggunakan cara yang ekstrem dan percaya kepada kesederhanaan serta bertimbang rasa kepada semua kaum adalah penting," katanya berucap pada perasmian Persidangan Perwakilan Umno Pasir Gudang, di sini.

Khaled yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata Umno sentiasa mengutamakan konsep perkongsian kuasa yang menjadi pegangan Barisan Nasional.

Menyentuh perkara berbeza, beliau menyeru anggota Umno agar menggunakan kemudahan teknologi maklumat seperti Facebook, Twitter dan blog untuk berhubung sesama mereka.

Khaled yang juga ketua bahagian itu turut mahu usaha bagi menambah keanggotaan dipertingkatkan kerana langkah yang dilaksana sekarang masih belum mencukupi.

Tahun lepas keanggotaan bertambah kira-kira 850 orang, katanya yang turut mahu Umno Pasir Gudang membantu penduduk yang berhijrah ke kawasan itu dari negeri lain menukar tempat mengundi mereka ke Pasir Gudang.

Buat masa ini terdapat 85,378 pengundi di kawasan Parlimen Pasir Gudang yang mana 25,534 adalah anggota Umno. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan