Subsidi Kerajaan Akan Terus Meningkat Jika Harga Bahan Bakar Melonjak

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak dapat memberi jaminan bahawa harga petrol dan minyak akan terus kekal pada harga lama jika harga bahan itu terus melonjak di pasaran dunia.

Beliau berkata kerajaan mengganggarkan subsidi bahan bakar bagi tahun ini berjumlah RM17 billion berikutan kenaikan harga bahan bakar itu di pasaran dunia.

"Semua harga bahan berkenaan termasuk minyak petrol RON95, diesel dan gas akan disemak setiap enam bulan oleh jawatankuasa rasionalisasi subsidi.

"Pada tahun lepas sahaja, kerajaan menanggung subsidi minyak berjumlah RM10.3 bilion," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Bera di sini,Sabtu.

Harga minyak dan petrol akan ditentukan selepas jawatankuasa berkenaan bersidang Jun ini, katanya.

"Jika kerajaan terus menampung subsidi kenaikan harga bahan bakar ia akan menyebabkan defisit kerajaan semakin melebar," katanya. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan