Permaisuri Agong Susuri Sg Merbok

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah pada Sabtu menyusuri Sungai Merbok dekat sini untuk melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar sungai itu.

Baginda yang diiringi Sultanah Kedah, Tuanku Hamimah Hamidun tiba di Jeti Semeling dari Alor Setar kira-kira pukul 10.25 pagi.

Ketibaan Raja Permasuri Agong di Jeti Semeling turut disambut ratusan murid-murid sekolah yang berbaris hampir 150 meter dari simpang jalan besar ke jeti tersebut, selain rakyat tempatan yang hadir untuk melihat baginda dari dekat.

Sejurus tiba, baginda turut dibawa melawat Muzium Kayu Bakau dan dipersembahkan dengan tayangan video mengenai hutan kayu bakau yang terdapat di Sungai Merbok.

Tuanku Nur Zahirah bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sedang dalam rangka lawatan selama tiga hari ke Kedah bermula semalam.

Tuanku Mizan mempunyai acara berasingan.

Tuanku Nur Zahirah meluangkan masa lebih setengah jam menaiki bot bersama Tuanku Hamimah dan isteri pembesar-pembesar negeri menyusuri Sungai Merbok hingga ke muaranya untuk melihat hutan kayu bakau dan ternakan ikan dalam sangkar.

Kira-kira pukul 12.30 tengah hari, baginda dan rombongan berlepas pula ke Gunung Jerai di Gurun, kira-kira 30 kilometer dari sini untuk santapan tengah hari di Jerai Hill Resorts. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan