Pemuda Umno Diingat Tidak Terpengaruh Dakyah Burukkan Nama Pemimpin - Berita Semasa | mStar

Pemuda Umno Diingat Tidak Terpengaruh Dakyah Burukkan Nama Pemimpin

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Anggota Pemuda Umno diingatkan agar tidak terpengaruh dengan dakyah disebarkan pembangkang yang memburukkan nama baik pemimpin negara.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata anggota Pemuda perlu mengkaji terlebih dahulu dan menilai secara bijak setiap dakwaan pembangkang yang menabur fitnah semata-mata untuk mencalar nama baik pemimpin negara.

"Negara akan pincang sekiranya anggota Pemuda Umno terlalu mudah terpengaruh dengan cerita tidak benar yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab bagi meraih sokongan rakyat," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Pekan di sini, Sabtu.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan Datuk Ishak Muhamad dan Ketua Pemuda Umno Pekan Mohammad Jefree Wahab.

Sementara itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Pemuda Umno Pekan seharusnya berbangga dan merasa bertuah kerana dapat berdiri di belakang Ketua Umno Bahagian Pekan yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memiliki pengalaman luas dalam bidang politik.

Beliau berkata dalam tempoh singkat, Perdana Menteri telah berjaya melakukan pelbagai perubahan dan kemajuan yang diperlukan rakyat di setiap peringkat. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan