Kerjasama Umno-PAS Bukan Kerana Siapa Kuat Siapa Lemah: Puad Zarkashi

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Tidak timbul soal siapa menang siapa kalah atau siapa kuat dan siapa lemah berhubung kerjasama antara Umno dan PAS, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi.

"Yang penting dalam hal ini, masing-masing hendaklah iklhas seperti yang disarankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini," katanya pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita Umno Bahagian Bachok di sini Jumaat.

Hadir sama Ketua Umno bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Timbalan Menteri Kewangan.

Mohd Puad, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya cadangan kerjasama antara Umno dan PAS itu adalah kerana Umno telah lemah.

Katanya perpaduan rakyat khususnya orang Melayu perlu dilihat dari sudut positif, dan sebab itulah, satu pendekatan terbaik perlu dicari bagi mewujudkan kerjasama antara Umno dan PAS.

Beliau berkata cadangan untuk mewujudkan perpaduan hasil kerjasama antara dua parti politik terbesar orang Melayu itu tidak mustahil menjadi kenyataan kerana kedua-dua parti itu mempunyai banyak persamaan terutama daripada segi pendidikan, ekonomi dan agama.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan