Kenaikan Harga Gula Kurangkan Penyeludupan Ke Negara Jiran - Awang Adek

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Kenaikan harga gula kepada RM2.30 sekilogram akan melumpuhkan aktiviti penyeludupan bahan subsidi itu ke negara jiran selain dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata penyeludupan gula menerusi sempadan sehingga sukar dikawal sebelum ini adalah disebabkan perbezaan harga hampir RM1 lebih mahal di negara jiran.

"Perbezaan yang ketara itu mendorong masalah penyeludupan berlaku untuk mendapatkan keuntungan besar," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penduduk di Kampung Teratak Pulai di sini, sabtu.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan kenaikan harga gula daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram.

Bagaimanapun, ia dilapor menimbulkan kegelisahan di kalangan sesetengah penduduk Kelantan kerana gula menjadi bahan penting untuk membuat kuih, perencah masakan dan air minuman.

Awang Adek berkata kerajaan berharap rakyat, termasuk di Kelantan, dapat mengurangkan penggunaan gula untuk menjaga kesihatan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan