Kementerian Pelajaran Kaji Kelas Tambahan Bahasa Inggeris

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kementerian Pelajaran akan mewujudkan kelas tambahan bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan dan menengah sekiranya penguasaan pelajar sekolah terhadap bahasa itu dilihat masih tidak memuaskan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ketika ini, Kementerian Pelajaran sedang memantau tahap pencapaian penguasaan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan dan menengah.

"Saya akan teliti perkembangan itu dari semasa ke semasa dan jika terdapat sebahagian besar pelajar masih lemah menguasai bahasa tersebut maka kita akan wujudkan kelas tambahan atau tuisyen yang akan diadakan pada setiap hujung minggu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama warga pendidik Pahang di sini, Sabtu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pelbagai usaha dilakukan ketika ini termasuk mewujudkan program pembelajaran dengan menyediakan kurikulum, guru terlatih dan makmal bagi melihat penguasaan pelajar terhadap bahasa itu tercapai.

Beliau berkata kementerian juga telah menempatkan 10,000 guru bahasa Inggeris di sekolah supaya sistem pembelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.

Mengenai kedudukan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), Muhyiddin berkata pihaknya masih belum mendapat kata putus daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan berhubung kedudukan mereka.

Katanya, buat masa ini, kekosongan yang ditinggalkan GSTT akan diisi oleh kemasukan guru terlatih dari Institut Perguruan Malaysia (IPGM) yang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan