175,000 Unit Komputer Riba 1Malaysia Untuk Rakyat Sabah

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Kerajaan memperuntukkan 175,000 unit komputer riba 1Malaysia untuk diagih kepada rakyat di Sabah secara berperingkat bermula tahun lepas, kata Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan K.Juslly Elis.

Beliau berkata jumlah itu merupakan 14 peratus daripada keseluruhan 1.2 juta unit komputer riba 1Malaysia yang sedang dan bakal diagih kepada rakyat di seluruh negara melalui tiga fasa.

"Melalui fasa pertama, sebanyak 10,000 unit komputer 1Malaysia telah diagih kepada penduduk Sabah termasuk pelajar pada tahun lepas," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan komputer riba 1Malaysia kepada sekolah-sekolah menengah di sini, Sabtu.

Seramai 1,000 pelajar daripada 10 sekolah di kawasan Parlimen Kalabakan menerima komputer masing-masing yang disampaikan oleh Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh.

K.Juslly berkata sebanyak 49,832 unit komputer lagi akan diagih kepada penduduk Sabah dalam fasa kedua yang sedang berjalan dan 112,500 dengan 52,000 unit untuk pelajar akan diagih pada fasa terakhir.

Jumlah unit komputer 1Malaysia yang bakal diagih kepada kawasan Parlimen Kalabakan ialah 5,000 unit iaitu berdasarkan permohonan yang dikemukakan kawasan Parlimen Kalabakan sendiri. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan