Zoo Negara Terima RM8.2 Juta Naik Taraf Kandang

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM8.2 juta kepada Zoo Negara bagi tujuan kerja-kerja pemenambahbaikan kandang untuk lima jenis haiwan sebelum hujung tahun hadapan.

Pengarah Zoo Negara, Dr Mohamad Ngah, pruntukan itu dumumkan selepas selepas banyak persoalan timbul mengenai tahap pengendalian dan penjagaan haiwan-haiwan di zoo berkenaan.

Katanya, taman haiwan yang berusia hampir 50 tahun itu menerima peruntukan berkenaan daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk menambahbaik premisnya yang berkeluasan 15 ekar itu.

Beliau berkata, keadaan zoo sekarang adalah tidak lagi kondusif kerana jumlah haiwan semakin bertambah setiap tahun. Beliau menambah, pihak zoo perlu menepati garis panduan kawasan kurungan yang dikeluarkan pertubuhan Zoo Sedunia (Waza) dan Pertubuhan Zoo Asia Tenggara (Seaza)

"Sebagai satu pertubuhan bukan kerajaan kami sememangnya mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk menampung kos harian tetapi kami tidak mempunyai dana untuk melakukan kerja penambah baikan," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Menurut Mohamad, Zoo Negara telah membuat permohonan untuk mendapatkan dana sejak tahun 2006 lagi namun kelulusan baru dikeluarkan pada Mac lalu.

Katanya, lima jenis haiwan yang akan mendapat kurungan yang baru adalah gajah, badak sumbu, beruang, cimpanzi dan babun.

Tambahnya, penambahbaikan yang akan dimulakan bulan depan dengan membina kawasan kurungan yang menyerupai persekitaran semula jadi haiwan terbabit.

"Zoo akan menyediakan satu kawasan mempunyai belukar di mana binatang-binatang ini boleh bersembunyi daripada manusia jika mereka tidak berasa selesa," katanya.

Apabila ditanya tentang isu penjagaan zoo dan haiwan yang tidak memuaskan, Mohamad menyuarakan kekecewaan terhadap pengurusan beberapa zoo yang terdapat di negara ini beliau berkata:

"Saya tidak yakin dengan tahap penjagaan haiwan di beberapa zoo kecil dan disebabkan inilah kami hanya melakukan pertukaran haiwan dengan zoo yang mendapat sijil pengiktirafan seperti Zoo Taiping dan Zoo Melaka."

Zoo Negara bersama dua zoo yang lain mempunyai sijil pengiktirafan dari Seiza sejak tahun 2007 lagi.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa haiwan-haiwan di zoo tersebut mengalami tekanan kerana dipaksa membiak.

"Saya rasa kami adalah satu-satunya zoo yang membiak binatang-binatang untuk tujuan pemuliharaan dan kami melepaskan haiwan yang sudah dewasa ke habitat semulajadi mereka," katanya.

Berikutan isu keadaan Zoo Negara yang timbul sejak kebelakangan ini, beberapa pengunjung telah melahirkan rasa kesal mereka.

Pengunjung, Kelly Ho, 23, berasa terkejut melihat kurungan haiwan yang agak sempit.

"Haiwan-haiwan seperti gajah dan zirafah dilihat seperti tidak mempunyai keluasan kurungan yang tidak mencukupi," kata Ho.

Seorang lagi pengunjung, Ahmad Tasyrif, 19, pula mengatakan sesetengah haiwan reptilia kelihatan tidak sihat.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan