Tiada Keperluan Dedahkan Indentiti Pelaku Video Lucah - Khalid

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bahawa rakaman video seks, dengan pelakunya didakwa mirip pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah tulen dan sahih.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata pengesahan itu dibuat selepas polis menerima laporan dari pakar luar negara.

"Saya mengesahkan video itu tulen namun saya tidak mengesahkan pelaku tersebut adalah Anwar," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini, Jumaat.

Mengulas mengenai individu yang memuat naik rakaman video seks tersebut, Khalid berkata, polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat pihak yang bertanggungjawab dalam memuat naik video berkenaan.

"Sebenarnya bukan mudah hendak mengesan orang yang memuat naik video tersebut di 'Youtube' sebab dia buat di luar negara, memang memakan masa untuk siasat dimana dia muat naik," katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa tiada keperluan undang-undang untuk menghebahkan pelaku dalam rakaman video tersebut. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

"Saya tak perlu huraikan, kalau undang-undang kata perlu, kita dedahlah, kalau tidak, tidaklah," katanya.

Khalid juga mengakui siasatan kes itu kini sudah sampai ke tahap akhir dan laporan dijangka dihantar kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat selain akan memanggil semua yang terlibat termasuk individu yang memuat naik video untuk diambil keterangan.

Ketika diminta mengulas mengenai laporan polis yang dibuat oleh anak perempuan Anwar, Nurul Izzah tentang keluarganya yang menerima ugutan serta pemandu Anwar yang mendakwa keretanya telah dirosakkan, beliau berkata polis akan menyiasat segala laporan yang diterima dengan adil.

"Apa jua ancaman dan laporan akan dijalankan siasatan dengan seadil-adilnya tanpa mengira sesiapa dan fahaman politik mereka," katanya.

Berhubung perkembangan terbaru kes pegawai kanan Kastam yang ditemui mati di Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jalan Cochrane, 6 April lepas, Khalid berkata kertas siasatan kes itu telah lengkap sepenuhnya dan akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara minggu depan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan