Polis Perlu Diberi Masa Siasat Laporan Terbaru Mengenai Isu Yang Dimainkan Utusan - Berita Semasa | mStar

Polis Perlu Diberi Masa Siasat Laporan Terbaru Mengenai Isu Yang Dimainkan Utusan

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, polis perlu diberi masa untuk menyiasat laporan polis yang dibuat berkaitan berita muka depan Utusan Malaysia 7 Mei lalu yang menyebut terdapat komplot untuk menjadikan kristian agama rasmi.

Laporan polis itu yang dibuat di Pulau Pinang pada Jumaat, mendakwa memang terdapat elemen-elemen kebenaran dalam berita muka depan akhbar Utusan itu.

“Siasatan untuk mencari kebenaran akan mengambil sedikit masa tetapi media juga tidak seharusnya mensensasikan laporan mereka," kata Hishammuddin kepada pemberita selepas melancarkan program pusat rawatan dan pemulihan dadah di Chow Kit.

Menurut Hishammuddin lagi, pihak polis akan menyoal siasat semua pihak dalam hal ini dan bukan sekadar terhad kepada bloger yang mencetuskan isu ini dan juga Kumpulan Utusan.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan