Penjelasan Khairy Mengenai Pertukaran Ketua Pemuda Umno Sabah

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KENINGAU: Kehadiran Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pada Program Jelajah One Malaysia di Pensiangan dekat sini pada 29 Mei ini dilihat sebagai peluang bagi beliau menjelaskan isu pertukaran Ketua Pemuda Umno Sabah, Azman Rsulan, yang telah menimbulkan rasa tidak puas hati anggota pergerakan itu di kawasan pedalaman negeri itu.

Ketua Pemuda Umno Tenom, Jamawi Jaafar, yang juga anggota exco Pemuda Umno pusat, berkata anggota pergerakan itu di kawasan pedalaman ingin tahu sebab Azman ditukar kerana mereka menganggap beliau sebagai pemimpin penting kepada masyarakat luar bandar.

"Inilah peluang bagi Khairy memberi penjelasan berhubung isu ini bagi meredakan keadaan," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Pensiangan di sini hari ini. Azman, yang juga Ketua Pemuda Umno Keningau, turut hadir.

Jamawi berkata Khairy telah memberi komitmen untuk menyertai program anjuran Pemuda Umno Pensiangan itu yang diadakan sempena sambutan Pesta Kaamatan peringkat mukim Sebrang dekat sini.

Beliau berkata pertukaran Azman itu memberi kejutan besar kepada Pemuda Umno di kawasan pedalaman terutama masyarakat Kadazandusun dan Murut memandangkan Azman merupakan orang pertama daripada kalangan masyarakat berkenaan yang memegang jawatan itu.

Sebelum ini, Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid menjelaskan bahawa perubahan dalam kepimpinan Pemuda Umno Sabah adalah satu proses biasa yang juga berlaku di tiga negeri lain.

Azman digantikan oleh Ketua Pemuda Umno Sandakan, Awang Kadim Tang. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan