Najib Diberi Penghormatan Khas Dua Pemimpin Utama Qatar

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DOHA: Datuk Seri Najib Tun Razak diberi penghormatan khas mengadakan pertemuan dengan Emir Qatar, Sheikh Hamad Khalifa Al-Thani, di kediamannya di sini esok sempena lawatan rasmi beliau ke Qater selama dua hari bermula esok.

Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan empat mata dengan rakan sejawatannya dari Qatar, Sheikh Hamad Jassim Jabr Al-Thani, juga di kediaman Perdana Menteri Qatar itu, kata Duta Malaysia ke Qatar Ahmad Jazri Mohd Johar.

"Kedua-dua pertemuan ini sungguh istimewa kerana tidak semua pembesar luar yang melawat Qatar diberi penghormatan untuk mengadakan pertemuan di kediaman kedua-dua pemimpin itu," katanya kepada wartawan Malaysia yang berada di sini untuk membuat liputan lawatan itu.

Ahmad Jazri berkata Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, juga dijemput untuk majlis makan malam peribadi bersama Sheikh Hamad dan isteri.

"Majlis makan malam itu akan diadakan dalam satu bilik khas dan ini merupakan satu penghargaan terhadap Malaysia serta petanda yang baik kerana akan membuka peluang kepada pemimpin kedua-dua negara berbincang secara lebih akrab terhadap perancangan yang ingin dilaksanakan antara kedua-dua negara," katanya.

Ahmad Jazri berkata Perdana Menteri dan isteri dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada 4 petang Sabtu (9 malam waktu Malaysia) bagi lawatan rasmi pertama beliau ke Qatar sejak menjadi Perdna Menteri.

Beliau berkata tujuan utama lawatan rasmi itu adalah untuk membuka laluan bagi meningkatkan hubungan dagangan dua hala di samping menyediakan peluang serta kemudahan supaya ahli perniagaan dari Qatar dapat berinteraksi dan bekerjasama dengan pelabur serta pedagang dari Malaysia.

"Kita lihat Qatar sebagai sebuah negara yang mempunyai prospek yang sangat tinggi yang boleh menjalinkan kerjasama baik dengan Malaysia dan kita ingin mengambil peluang ini supaya kedua-dua negara dapat meningkat hubungan akrab yang sedia ada dan membawanya ke tahap yang lebih baik dan hubungan ekonomi yang lebih besar untuk dimanfaatkan oleh kedua-dua belah pihak," katanya.

Ahmad Jazri berkata kerajaan Qatar juga mengalu-alukan penyertaan pelabur Malaysia dalam pelbagai projek pembangunan yang sedang giat dilaksanakan di Qatar.

Kini terdapat 3,000 orang tenaga pakar rakyat Malaysia yang berkhidmat dengan syarikat Malaysia yang menjalankan projek di Qatar dalam pelbagai sektor terutamanya minyak dan gas serta infrastruktur.

Malaysia dan Qatar mempunyai hubungan rapat dari segi politik di mana kedua-dua negara bersependapat dalam banyak perkara yang melibatkan hal ehwal antarabangsa terutamanya mengenai isu di Timur Tengah.

"Kini terserahlah kepada para pelabur memanfaatkan hubungan yang akrab itu dengan meningkatkan nilai pelaburan di kedua-dua negara atau mengadakan kerjasama untuk projek di negara ketiga di mana Malaysia dapat memanfaatkan kepakaran yang ada manakala Qatar memanfaatkan dari segi keupayaan melabur," katanya.

Ahmad Jazri berkata bidang pelancongan juga merupakan satu lagi sektor yang mempunyai potensi untuk dibangunkan kerana Malaysia merupakan destinasi yang diminati rakyat Qatar untuk melancong bersama keluarga atau untuk berbulan madu. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan