Najib Berlepas Ke Arab Saudi

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Arab Saudi pagi ini, sebelum memulakan lawatan kerja dua hari ke Qatar pada Sabtu.

Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas dengan pesawat rasmi kerajaan pada pukul 9.30 pagi dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang, dekat sini.

Di Arab Saudi, Najib dijadual bertemu dengan Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud dan seterusnya mengerjakan umrah di Mekah sebelum berlepas ke Qatar.

Beberapa menteri kabinet antara orang kenamaan yang berada di pangkalan itu bagi mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri dan isteri. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan