Lapan Kes Keracunan Di PLKN Tiga Bulan Pertama Tahun Ini

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebanyak lapan kes keracunan dicatatkan di kem-kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) seluruh negara bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata ia merupakan satu peningkatan jika dibandingkan dengan tempoh sama tahun lalu, yang hanya mencatatkan tiga kes.

"Bagaimanapun ini tidak bermakna kes-kes ini melibatkan jumlah peserta yang ramai, kadangkala hanya melibatkan dua atau tiga peserta sahaja," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Buku Panduan Pemakanan dan Keselamatan Makanan di Kem-Kem PLKN di sini, Jumaat.

Mengulas tentang isu tersebut, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata pengusaha-pengusaha kem yang mempunyai kes keracunan makanan untuk kali pertama, walaupun ia hanya melibatkan tiga pelatih, akan dikenakan pemotongan bayaran sajian makanan sehari, yang secara puratanya berjumlah RM8,000.

Beliau berkata jika kes keracunan didapati berlaku untuk kali kedua, pengusaha tersebut akan dikenakan pemotongan bayaran sajian makanan untuk tiga hari manakala jika kes itu berulang lagi pengusaha tersebut bakal berhadapan tindakan sehingga membawa kepada penutupan kem tersebut.

"Kerana tindakan tegas inilah pengusaha-pengusaha kem ini cukup prihatin dalam memastikan isu keracunan makanan ini tidak timbul," katanya.

Abdul Hadi berkata kes-kes keracunan makanan juga dijangka dapat dielakkan apabila pengusaha-pengusaha 82 kem PLKN seluruh negara diwajib menggunakan Buku Panduan Pemakanan dan Keselamatan Makanan di Kem-Kem PLKN itu mulai sesi akan datang yang bermula Ahad ini.

Beliau berkata buku setebal 480 muka surat itu disediakan bagi memastikan makanan yang dihidangkan untuk pelatih-pelatih tersebut selamat, berkhasiat dan seimbang berdasarkan pengambilan nutrien yang dicadangkan untuk remaja Malaysia.

Katanya, ia turut memuatkan tatacara pengurusan kompleks sajian, pengurusan keselamatan dan kualiti makanan, pengurusan pemakanan sihat dan pemantauan berkala kompleks sajian secara kendiri, di mana pegawai jabatan akan turut memantau bagi memastikan ia dipatuhi sepenuhnya oleh pengusaha kem.

"Kumpulan pelatih ini juga dijangka menjadi pemangkin kepada pembudayaan cara pemakanan yang sihat di mana mereka di kem-kem ini akan menyebarkan pengalaman mereka kepada keluarga dan masyarakat apabila pulang setelah tamat kursus nanti.

"Setiap tahun 140,000 rakyat Malaysia akan dilatih di kem-kem ini, iaitu 25 peratus daripada mereka yang lahir pada tahun tersebut, jika mereka ini balik ke rumah dan amalkan apa yang mereka amalkan di sini, makan budaya ini boleh meresap dalam masyarakat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan