Ketua Pengarang Utusan Dipanggil KDN, Akhbar Terima Surat Amaran

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Utusan Malaysia telah diberikan surat amaran oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menyiarkan berita muka hadapan bertajuk 'Kristian Agama Rasmi? pada 7 Mei lalu yang boleh dianggap sebagai mencetuskan kegelisahan kepada masyarakat.

Timbalan Ketua Setiausaha KDN (Keselamatan), Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi dalam satu kenyataan yang dikeluaarkan Khamis berkata, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan telah dipanggil ke kementerian untuk menjelaskan tentang laporan berita tersebut yang dianggap bercanggah dengan syarat-syarat di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan 1984.

Beliau berkata, selepas pertemuan tersebut, pihak kementerian memutuskan untuk mengeluarkan surat amaran berkenaan kepada Kumpulan Utusan.

"Adalah menjadi amalan pihak KDN untuk memanggil bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak penerbit yang menerbitkan sesuatu yang dianggap sebagai melanggari syarat permit atau akta berkenaan," kata Abdul Rahim.

Abdul Rahim berkata,sehubungan dengan itu, KDN akan terus memantau semua kandungan akhbar untuk memastikan mereka tidak menerbitkan sesuatu yang boleh mendatangkan keresahan pada masyarakat atau sesuatu yang bercanggah dengan syarat permit penerbitan.

Utusan telah menyiarkan laporan tersebut sebagai berita utama muka depannya pada 7 Mei lalu berasaskan apa yang telah dimuat naikkan oleh dua orang bloger yang mendakwa DAP dan para pemimpin gereja telah mengadakan satu pertemuan di Pulau Pinang Jumaat lepas untuk membincangkan isu untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan dan perdana menteri dari kalangan penganut agama tersebut.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan