Shahrizat Cadang Pusat Temu Duga Kanak-Kanak Diwujudkan Di Semua Negeri

Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercadang berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri untuk mewujudkan pusat temu duga kanak-kanak (CIC) di seluruh negara.

Menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata buat masa ini, hanya terdapat tiga buah CIC sahaja iaitu di Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

CIC diwujudkan sejak 2002 sebagai pusat di bawah kendalian Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengambil keterangan kanak-kanak yang menjadi mangsa kes jenayah seperti rogol dan penderaan.

Shahrizat berkata bilangan pusat itu perlu ditambah memandangkan kes membabitkan kanak-kanak semakin meningkat setiap tahun dan kementerian amat memandang berat mengenai kes jenayah melibatkan kanak-kanak dan wanita.

"Saya akan bincang dengan (Menteri Dalam Negeri) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bagaimana untuk wujudkan CIC di kesemua negeri, mungkin KDN boleh usulkan cadangan dalam bajet akan datang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Temu Duga Kanak-kanak di Jalan Persiaran Sultan Salahuddin di sini, Khamis.

Menurut statistik polis berhubung kes jenayah seksual, kanak-kanak, keganasan rumah tangga dan penderaan pembantu rumah sejak tahun 2006 hingga 2010, rogol mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,595 kes pada tahun lepas diikuti keganasan rumah tangga (3,173) dan mencabul kehormatan (2,054).

Shahrizat turut melahirkan kebimbangan mengenai jenayah terhadap kanak-kanak dan wanita seperti kes simbah asid, penderaan dan menjadi keldai dadah yang semakin menjadi-jadi.

Turut hadir Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dan Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur.

Sementara itu, Ismail berkata polis memberi jaminan untuk memberikan perlindungan terhadap wanita dan kanak-kanak kerana golongan itu turut memainkan peranan dalam pembangunan negara.

Mengenai CIC, beliau berkata PDRM akan menambah bilangan dan meningkatkan kemahiran para pegawainya kerana tugas menemu duga kanak-kanak yang trauma bukanlah mudah kerana ia, antara lain, memerlukan kesabaran. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan